Lokman Adam Ditahan Bawah Akta Hasutan

29
0

KUALA LUMPUR: Presiden Pemantau Malaysia Baharu, Datuk Seri Lokman Noor Adam dilaporkan ditahan polis hari ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pemantau dan Melayu Bangkit, Lokman ditahan di bawah Akta Hasutan.

“Saya bagi pihak Pemantau dan Melayu Bangkit menentang sekeras-kerasnya penahanan tersebut, jika Lokman Noor Adam ditahan di bawah Akta Hasutan, maka Menteri Waythamoorty, YB Ganabatirau, Sivarasa, Hishamuddin Rais dan Kadir Jasin juga mesti ditahan di bawah Akta Hasutan yang sama juga ,” kata Khirudin Khoi yang mewakili Pemantau dan Melayu Bangkit.