Letupan Kuat Gegarkan Lapangan Terbang Brussels

163
0
KONGSI

BRUSSELS: Dua letupan kuat kedengaran di Lapangan Terbang Brussels petang ini, lapor media tempatan.

Laporan awal mengatakan terdapat beberapa kematian dan kecederaan.

Beberapa imej kepulan asap dari lapangan terbang terbabit turut dimuat naik di laman sesawang RTBF penyiar awam Belgium. Turut dipaparkan, beberapa tingkap bangunan retak.

Laporan oleh penyiar itu menyebut, letupan berlaku sekitar jam 8 pagi waktu tempatan (0700 GMT) dan pihak berkuasa serantau telah menggerakkan mod kecemasan dengan semua penerbangan keluar dan masuk dihentikan serta merta.

Tiada pengesahan kecederaan dilaporkan namun RTBF yang memetik kenyataan seorang saksi berkata dia melihat beberapa orang cedera di lapangan terbang itu.

Imej orang ramai bergegas keluar dari lapangan terbang turut dipaparkan.

Letupan berlaku hanya beberapa hari selepas penahanan suspek serangan Paris Saleh Abdeslam. Dalam kejadian itu 130 terbunuh.- AWANI