Letupan Di Restoran Chilli’s Mid Valley, 8 Dilaporkan Cedera

343
0
KONGSI

PETALING JAYA: Sebuah letupan didengari di Mid Valley Megamall pukul 9.45 pagi ini, menurut pihak pengurusan pusat beli belah itu.

Menurut Mid Valley, terdapat letupan kecil di dua restoran semasa kerja pemasangan kembali sistem gas petroleum cecair (LPG). Salah satu daripadanya merupakan restoran Chili’s, mengikut saksi.

Kakitangan penyenggaraan, kontraktor LPG dan kakitangan kedai telah mengalami kecederaan kecil dan sudah dirawat. Tiada sebarang kecederaan berlaku kepada orang awam, dan juga tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Sistem gas telah pun ditutup dan Mid Valley sudah kembali dibuka kepada orang awam.

Menurut saksi, pusat beli belah tersebut dikosongkan sebaik sahaja letupan berlaku, lapor akhbar The Malay Mail.