Lembaga Pengampunan Diraja Bersidang 11 Pagi

20
0

CHERAS: Lembaga Pengampunan Diraja dijangka bersidang pada jam 11 pagi ini di Istana Negara.

Sumber Jabatan Penjara memaklumkan sekiranya permohonan pengampunan diluluskan hari ini, pihak penjara akan melaksanakan prosedur pembebasan di Wad 2C, Hospital Rehabilitasi Cheras. 

Katanya, selepas itu pasukan pengiring Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan membawa beliau pulang ke kediamannya di Bukit Segambut.

“Pasukan Pengiring Anwar diketuai oleh PP Sirajuddin Abdul Majid bersama lebih 50 orang pegawai dan anggota Unit Kawalan & Pencegahan (UKP) dan Trup Tindakan Cepat (TTC) Jabatan Penjara Malaysia.

“Mereka dibantu Cawangan Trafik Wilayah Kuala Lumpur Cawangan Khas Ibu Pejabat Daerah (IPD) Cheras dan Bahagian Ketenteraman Awam IPD Cheras,” katanya.