Lelaki Bangladesh Dibelasah Separuh Mati Kerana Dituduh Mencabul

485
0
KONGSI

KUALA LUMPUR: Seorang pekerja restoran warga Bangladesh teruk dibelasah orang ramai selepas dituduh mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di dalam tandas.

Kejadian dilapor berlaku di kafe siber, Rampai Business Park K5, Seri Rampai malam tadi.

Menerusi visual yang menjadi viral, lelaki warga Bangladesh terbabit dikatakan telah mengambil minuman beralkohol dan mabuk.

Berdasarkan maklumat, kanak-kanak perempuan yang dicabul oleh lelaki Bangladesh itu sempat melarikan diri lalu mengadu kepada abangnya yang berniaga burger tidak jauh dari lokasi adiknya dicabul.

Berang dengan aduan adiknya, abang kanak-kanak itu telah menyerang lelaki Bangladesh terbabit hingga menyebabkannya mengalami kecederaan parah akibat dibelasah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Mohd Roy Suhaimi Sarif mengatakan hasil siasatan pihaknya mendapati, lelaki Bangladesh itu tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya. – FMT