Laungan ‘Hidup Tun’ Gamatkan PWTC, Tiada ‘Boo’

1268
0

Berita & Foto: Khizairi Khizan

KUALA LUMPUR: Kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad menarik perhatian para perwakilan Perhimpunan Agung UMNO ke-69 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pagi ini.

Kemunculan bekas Presiden UMNO itu sememangnya dinantikan oleh penyokong beliau dan para media.

Beliau hadir bersama isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Dr Mahathir ke perhimpunan tersebut bagi mendengar ucapan perasmian Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sebelum ini kehadiran Dr Mahathir menjadi kontroversi apabila ia menjadi tanda tanya sama ada bekas Perdana Menteri itu dijemput ke perhimpunan itu atau tidak.

Namun Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan bahawa Dr Mahathir dijemput secara rasmi ke perhimpunan tersebut.

Perkara ini timbul apabila Dr Mahathir kini ‘kuat’ mengkritik kempimpinan Najib terutama dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Selain itu juga, baru-baru ini timbul khabar angin bahawa kehadiran Dr Mahathir akan di ‘boo’ oleh ahli UMNO.

Namun, selepas tamatnya ucapan Najib, nyanyian lagu ‘Barisan Kita’ dan laungan ‘hidup Tun’ mengiringi kepulangan beliau oleh orang ramai yang hadir.