Ku Nan Dakwa Petugas PAS Ambil ‘Pil Kuda’

47
0

KUALA LUMPUR: Walaupun ada pengkritik mendakwa PAS semakin mesra dan lunak kepada Umno, hari ini pemimpin parti itu membuktikan mereka masih tetap berseteru.

Hadir untuk merasmikan majlis pecah tanah dua surau di Putrajaya hari ini Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menuduh petugas PAS mengambil pil kuda semasa menghadapi PRU ke-13 lima tahun lalu.

Katanya kejadian itu diketahuinya ketika dia berdepan cabaran Husam Musa – ketika itu naib presiden PAS – bagi merebut kerusi parlimen Putrajaya.

Menasihati orang ramai di Putrajaya supaya tidak terjerumus ke “kancah” yang dibawa pihak tidak bertanggungjawab Tengku Adnan berkata dia hairan melihat petugas PAS mampu bekerja berterusan tanpa tidur selama dua tiga hari.

“Yang budak Pemuda Umno (petugas Umno) ni lembik, longlai.

“Akhirnya bila kita¬†check¬†(selidik) rupanya dia sumbat kawan ni dgn pil kuda. Ini parti Islam…” katanya.

Ketika detik PRU ke-14 semakin hampir PAS dilihat lebih banyak menyasarkan serangannya kepada Pakatan Harapan (HARAPAN) terutama DAP berbanding BN.

Ia mencetuskan kritikan sesetengah pihak yang menuduh mereka sebenarnya menyertai PRU untuk membantu BN mengatasi HARAPAN.

Untuk rekod pada 2013 Husam bertanding di Putrajaya ketika kawasan itu dianggap sebagai tempat selamat buat BN kerana menempatkan sejumlah besar kakitangan awam.

Bagaimanapun Tengku Adnan kekal di situ dengan mendapat majoriti 5,541 undi.