27.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, June 20, 2019

KLIA2 Alami Gangguan Elektrik

20
0

SEPANG: KLIA2 hari ini mengalami gangguan elektrik selama 10 minit berpunca daripada masalah bekalan elektrik yang terputus di pencawang utama berhampiran di sini.

Menurut kenyataan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), walau bagaimanapun keadaan itu yang berlaku dari pukul 2.35 hingga 2.45 petang tidak menyebabkan gangguan operasi penerbangan di lapangan terbang tersebut.

“Bekalan elektrik telah kembali pulih dengan bekalan sokongan dan keadaan kembali pulih sepenuhnya pada 4 petang.

“Kami memohon maaf atas kesulitan yang berlaku ekoran kejadian ini,” kata kenyataan itu, di sini hari ini.

Berita berhubung gangguan elektrik di KLIA2 tular dalam media sosial hari ini sekali gus menimbulkan kebimbangan di dalam kalangan orang ramai khususnya penumpang kapal terbang.

Namun situasi kembali normal selepas bekalan elektrik pulih semula.

MySuaraFM
MySuaraTV