Kita Kalah Kerana 1MDB – KJ

15
0

KUALA LUMPUR: Kita kalah kerana 1MD, kata Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamauddin menempelak kenyataan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib memaklumkan, kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum, (PRU) ke 14 lalu adalah disebabkan fitnah dan janji palsu Pakatan Harapan (PH).

Dengan nada tegas, Khairy yang juga Pengerusi Jawatankuasa Portfolio Kewangan Kabinet Bayangan BN sebaliknya menyatakan kekalahan BN pada PRU-14 adalah disebabkan 1Malaysia Developmemt Behad (1MDB).

“We lost because of 1MDB. The end”, ujar Khairy di laman twitternya.

Bekas Perdana Menteri dalam satu sidang media menyifatkan kekalahan BN adalah disebabkan oleh fitnah dan janji-janji palsu PH.

Malah katanya, tiada apa yang salah pada BN dan UMNO.