Khalid Samad Dedah Penyelewangan Tanah Kerajaan Babitkan Ku Nan

25
0

KUALA LUMPUR: Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad hari ini mempersoal pembinaan dua buah bangunan di lot 568 dan lot 716 berkeluasan 0.32 ekar di Medan Imbi yang bernilai hampir RM20 juta ringgit sejak 2015.

Jelasnya, kelulusan yang diberikan mantan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kepada Bekas Pengarah Jabatan Perancangan Ekonomi dan Pembangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bertarikh 4 Disember 2015 itu meragukan.

“4 Disember 2015 telah minitkan quote “sila uruskan segera tq” kepada bekas pengarah jabatan perancnagan ekonomi penbangunan DBKL. Perintah Pembangunan (DO) telah dikeluarkan pada 17 Jun 2016 untuk pembinaan dua tingkat restoran. “Kemudian pada 23 September 2016, One Stop Centre (OSC) DBKL telah meluluskan kebenaran membina bangunan enam tingkat. Perintah pembangunan dikeluarkan daripada dua tingkat kepada empat tingkat kemudian empat kepada enam tingkat pada 15 Disember 2016,” ujarnya.

Khalid turut mempersoalkan mengapa kelulusan boleh diberikan oleh Menteri Wilayah ketika itu sebaliknya Lot Tanah 568 merupakan hak milik Pejabat Tanah dan Galian Wilayah manakala Lot 716 milik Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan dibawah selian Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan diurus tadbir oleh DBKL.

“Pada Mac 2016, syarikat tulis surat cadangan naik taraf kiosk durian. Pada 5 Mac 2016, Menteri telah minitkan “sila uruskan segera tq” kepada pegawai DBKL.”

“Pada Jun 2016, perintah Pembangunan (DO) telah luluskan DBKL buat kiosk sementara selepas siap, Syarikat telah mengenakan sewa kepada peniaga buah buahan RM16 ribu ringgit sebulan,” jelas Khalid.

Justeru, satu laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM akan dibuat atas kewujudkan bangunan misteri ini akan kita buat dan meminta semua terlibat disiasat.

Menurut Khalid, ini adalah satu petanda bahawa wujudnya salah guna kuasa penyelewengan yang jelas dan nyata Kementerian dan DBKL ketika itu.