Kes Gudang Kepak Ayam Haram Hampir Selesai – SPRM

15
0

Oleh : Wartawan MySuara

KUALA LUMPUR: Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak Razim Mohd Noor memaklumkan sudah menyiapkan kira-kira 50 peratus siasatan mengenai sebuah gudang penyimpanan kepak ayam yang disyaki beroperasi secara haram di Miri sejak 30 tahun lalu.

“Siasatan masih belum ‘complete’ (lengkap), tetapi dah lebih 50 peratus kita dah siapkan. Beberapa faktor seperti yang terlibat tidak ada di Sarawak atau orang yang kita nak dapatkan maklumat lanjut tidak berada di sini menyebabkan siasatan masih berjalan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Mesra Bersama Media di Pusat Informasi Islam (IIC) di sini hari ini.

September lalu, sebuah akhbar nasional melaporkan gudang ayam itu beroperasi secara haram dengan menyeludup kepak ayam dari negara jiran yang mana penyembelihannya diragui dan dipasarkan di Sarawak serta Sabah.

Sementara itu, mengulas mengenai siasatan pembelian sebuah pesawat DA424M-NG Diamond bernilai RM35 juta oleh Jabatan Hutan Sarawak, Razim berkata siasatan kes tersebut masih lagi dilakukan.