Kerosakan Hanya Di Luar Bangunan – KWSP

25
0
KONGSI

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengesahkan kerosakan disebabkan kebakaran di cawangannya di Petaling Jaya hari ini hanya di bahagian luar bangunan itu dan beberapa buah kereta yang diletakkan berhampiran.

Dalam kenyataan hari ini, KWSP berkata tiada mangsa yang cedera atau terkorban dalam kebakaran itu dan sistemnya tidak terjejas dan perniagaan beroperasi seperti biasa.

“Data tidak terjejas akibat kebakaran itu berikutan pelayan data kami berada di lokasi lain dan disokong oleh prosedur sokongan yang bertaraf dunia,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, cawangan Petaling Jaya akan ditutup buat sementara waktu dan ahli boleh menjalankan urus niaga di cawangan lain atau melalui i-Akaun.

Laporan awal menunjukkan kebakaran bermula di tingkat pertama bangunan itu pada kira-kira 11.50 pagi ini dan api dipadamkan dalam masa kurang 30 minit susulan tindakan pantas Jabatan Bomba dan Penyelamat.

KWSP berkata ia akan menjalankan siasatan terperinci dan bekerjasama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk menentukan punca kebakaran.