Kereta Polis Dilapor Memasuki Kediaman Najib

188
0
KONGSI

KUALA LUMPUR: Beberapa buah kereta polis dilihat memasuki kediaman Datuk Seri Najib Tun Razak di Langgak Duta di ibu negara malam tadi.

Menurut sebuah portal tempatan, lebih 10 buah kereta polis memasuki premis bekas Perdana Menteri tersebut sekitar jam 10.15 malam tadi.

Tidak dapat dikenal pasti kehadiran pihak berkuasa di kediamannya.

Namun, Najib telah memuat naik imej beliau menunaikan sembahyang Terawih di sebuah masjid di ibu negara di Instagram peribadinya sekitar jam 10.15 malam tadi.

Najib juga telah memuat naik pautan yang sama di Twitter peribadinya.