Kerajaan Tidak Cadang Kaji Harga Minyak Secara Mingguan – Johari

83
0
KONGSI

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak bercadang untuk mengkaji harga minyak secara mingguan yang dilihat tidak bersesuaian dilaksanakan ketika ini, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Johari Abdul Ghani.

“Kita tidak boleh melaksanakan perkara yang orang ramai tidak setuju kerana perkara ini dibangkitkan oleh sesetengah persatuan atau pengusaha stesen minyak.

“Kita merasakan perkara itu tidak bersesuaian buat masa sekarang”, katanya kepada pemberita┬áselepas melepaskan kira-kira 200 ekor ikan patin di Tasik Ampang Hilir untuk pertandingan memancing yang bakal diadakan pada Sabtu depan (27 Feb).

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini berkata tidak ada keperluan bagi pengubahsuaian seterusnya Bajet 2016 buat masa ini kerana harga minyak mentah dijangka stabil sekitar US$30-US$40 setong.

Perdana Menteri berkata, kerajaan mungkin menimbang mengubahsuai bajet sekiranya harga minyak jatuh di bawah US$30 setong.