Keputusan Rasmi: BN Dahului Majoriti 4,569 Undi

22
0

CAMERON HIGHLANDS: Keputusan rasmi menunjukkan 80 daripada 89 pusat mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands mendapati Barisan Nasional (BN) mendahului dengan majoriti 4,569 undi setakat jam 7.50 malam ini.

Keputusan rasmi itu dipaparkan di skrin layar pusat penjumlahan rasmi undi di Dewan Gemilang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ahmad Shah di Tanah Rata, di sini ketika ini dan terus dikemas kini dari semasa ke semasa

Paparan skin layar menunjukkan Calon BN, Ramli Mohd Noor memperoleh 11,536 undi meninggalkan calon Pakatan Harapan (PH), M Manogaran dengan 7,048 undi.

Dua calon Bebas, Sallehudin Ab Talib dan Wong Seng Yee masing-masing hanya mendapat 283 dan 188 undi.