“Keluar Daripada Kepompong Kekalahan” – Hishammuddin

84
0

KUALA LUMPUR: Pemilihan kepemimpinan baharu UMNO di peringkat cawangan dan bahagian adalah tempoh kritikal yang bakal menentukan masa depan parti.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata akar umbi perlu memilih pemimpin dengan adil, matang dan berintegriti untuk kembali mengangkat parti keramat Melayu itu sebagai wadah politik utama negara.

Beliau yang menjalankan tugas Timbalan Presiden berkata, pemilihan itu adalah ruang memperbaiki parti dengan hikmah dan kewarasan, bukannya bukan untuk bergaduh atau memburukkan sesama sendiri.

“Terimalah hakikat dan keluar daripada kepompong kekalahan. UMNO tidak dibina berlandaskan wang ringgit, darjat dan kedudukan yang disandang. Jangan biarkan pemilihan ini meretakkan kesatuan UMNO.

“Ingat, UMNO berjuang untuk membela nasib bangsa Melayu dan rakyat. Ketepikan ego, sifat angkuh, kepentingan peribadi dan politik menikam belakang.

“Inilah peluang kita untuk sama-sama meletakkan kembali perjuangan UMNO ke landasan yang betul,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.