Kain Rentang “Mahathir Pengkhianat” Di Kesan Di Johor

411
0
KONGSI

KUALA LUMPUR: Langkah Tun Dr Mahathir Mohamad yang bekerjasama dengan pembangkang untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menimbulkan kemarahan rakyat di Johor.

Buktinya, sebuah kain rentang yang dipasang di tepi jalan bertulis `Mahathir Pengkhianat’ ditemui di satu lokasi di negeri berkenaan.

Dalam Imej kain rentang tersebut, Dr Mahathir dilihat berpegangan tangan bersama beberapa pemimpin dari pihak pembangkang dan gambar itu dirakam ketika mereka mengadakan sidang media untuk menandatangani Deklarasi Rakyat pada Jumaat lepas.

Pada Jumaat, bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir adalah antara 50 orang yang menandatangani deklarasi rakyat menyokong penyingkiran Najib yang diketuai oleh Dr Mahathir.

Penandatangan lain termasuk Lim Kit Siang daripada DAP, Menteri Besar Selangor, Datuk Mohamed Azmin Ali dan bekas presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik. – FMT