Kadar Pengangguran Mencatatkan Penurunan

8
0
KONGSI

Oleh : Wartawan MySuara

KUALA LUMPUR: Kadar pengangguran Malaysia susut kepada 3.3 peratus pada Februari 2018, turun 0.1 peratus berbanding bulan sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan.

Berdasarkan perbandingan setiap tahun, kadar pengangguran pada Februari 2018 juga susut 0.2 peratus berbanding tahun lepas, ianya berdasarkan laporan Perangkaan Tenaga Kerja Februari 2018 yang dikeluarkan hari ini.

Jabatan itu berkata jumlah pekerja meningkat 0.3 peratus pada Februari 2018 kepada 15.23 juta berbanding 15.19 juta sebulan sebelumnya.

Memetik laporan Bernama, kadar penyertaan tenaga pekerja pada Februari 2018, jabatan itu berkata angkanya kekal pada 68.2 peratus berbanding bulan sebelumnya.

“Berdasarkan perbandingan tahunan ke tahun, kadar penyertaan tenaga kerja pada Februari 2018 meningkat 0.4 peratus berbanding bulan yang sama tahun lepas,” katanya.