Jho Low di Macau?

31
0
KONGSI

Oleh : Wartawan MySuara

KUALA LUMPUR: Menurut sumber Low Taek Jho sekarang ini dipercayai bersembunyi di Macau.

Memetik sumber kerajaan, pihak berkuasa negara ini tidak dapat menahan  Low kerana tidak mempunyai perjanjian ekstradisi dengan Macau.

Tokoh usahawan kontroversial yang lebih dikenali sebagai Jho Low itu diburu oleh kerajaan Malaysia berhubung dengan skandal 1MDB yang turut membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.