JDT Tundukkan Selangor Untuk Piala Sumbangsih

237
0

KUALA LUMPUR: Penyandang juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) memenangi Perlawanan Sumbangsih selepas menewaskan Selangor, 7-6 menerusi sepakan penalti di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin malam tadi.

Kedua-dua pasukan terdahulu terikat 1-1 dalam tempoh masa permainan sebenar. Selangor bagaimanapun tidak kecewa apabila berkongsi mata dengan tuan rumah untuk saingan Liga Super.

Perlawanan Sumbangsih bagi merebut Piala Sultan Ahmad Shah adalah juga pembuka tirai Liga Super bagi setiap musim.

Dalam pada itu, tampil menguasai permainan sepanjang babak pertama, gol yang dicari JDT hanya hadir pada penghujung perlawanan menerusi pemain import, Harris Harun.

Berpunca daripada sepakan sudut kapten pasukan, Safiq Rahim, Harris yang tidak dikawal berjaya menanduk padu menewaskan penjaga gol Selangor, Norazlan Razali.

Norazlan begitupun boleh disifatkan pemain Selangor paling cemerlang pada malam ini apabila berjaya melakukan beberapa cubaan menyelamat.