Jangan Diskriminasi Mualaf – Tun M

67
0

PUTRAJAYA: Mereka yang baru memeluk agama Islam tidak patut didiskriminasi oleh komuniti Muslim dan dianggap sebagai ‘Muslim kelas kedua’, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir, yang juga penaung Pertubuhan Kebajikan Islam (Perkim) berkata, Muslim perlu menganggap mualaf sebagai saudara.

“Tidak boleh ada diskriminasi. Kadang-kadang kita merasakan mereka Muslim kelas kedua. Itu salah. Tiada perbezaan antara seorang Muslim dan yang lain kecuali dari segi taqwa.

“Itu (taqwa) merupakan satu-satunya perkara yang membezakan kita,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Seminar Serantau Muslim Berbilang Kaum anjuran Perkim di sini pada Jumaat.

Dalam perkembangan lain, Dr Mahathir berkata, pertemuan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Khamis kemungkinan ada kaitannya dengan kerjasama UMNO dan Pas.

“Kita suka kalau ada gabungan UMNO dengan Pas,” katanya.