Jamal Yunos Insaf, Ingin Bekal Makanan Percuma

160
0

KUALA LUMPUR: Tidak seperti gimik menarik perhatian seperti memecahkan botol arak, membawa keranda dan memakai tuala, hari ini, pemimpin Gerakan Baju Merah Datuk Seri Jamad Md Yunos berikrar membekalkan makanan percuma kepada 1,000 rakyat setiap hari selama tiga tahun.

Beliau membuat janji itu sempena dengan perasmian Restoran Gabungan NGO 1Malaysia hari ini.

Katanya, usaha itu dibuat berikutan keinsafan bahawa harta dunia tidak boleh dibawa ke akhirat.

“Kesedaran ini datang dari sahabat saya, yang telah meninggal dunia dua bulan lepas, ketika saya kebumikan dia itulah datang kesedaran.

“Dalam dunia ini berapa banyak pun harta yang kita cari tak pergi ke mana,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Restoran Gabungan NGO 1 Malaysia di Jalan Pahang Kuala Lumpur hari ini.

Jamal berkata, beliau menerima sumbangan daripada pelbagai golongan korporat yang tidak mahu dikenali bagi membolehkan usaha ini dijalankan.

Pihaknya turut menampil tujuh menu yang sentiasa bertukar antaranya pilihan nasi putih, nasi minyak, ayam masak merah, kari ikan, jagung rebus, ikan goreng, ikan sambal dan sayur.