Ibu Bapa Perlu Ambil Tahu Aktiviti Anak – Rosmah

111
0
PUTRAJAYA: Ibu bapa perlu tegas dan mengambil tahu aktiviti anak mereka terutama di luar rumah bagi mengelakkan tragedi mengorbankan lapan remaja berbasikal di Johor Bahru, Sabtu lalu berulang.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, berkata tidak salah untuk ibu bapa menjadi seseorang yang memahami anak mereka tetapi biarlah setakat mana yang perlu.

“Walaupun mereka keluar rumah tetapi sekurang-kurangnya ibu bapa harus mengetahui dengan siapa mereka keluar, apa mereka buat dan jam berapa mereka seharusnya balik.

“Kita tidak boleh biarkan anak kita merayau. Kejadian berlaku jam 3 pagi dan usia anak masih muda tetapi kita tidak kisah mereka sudah balik atau tidak balik,” katanya kepada media selepas Majlis Pra Pelancaran dan Sidang Media sempena Seminar Jenayah Seksuaal Kanak-Kanak: Hentikan!! di Seri Perdana di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi kelmarin, lapan remaja maut, manakala lapan lagi cedera selepas sekumpulan remaja berbasikal dirempuh sebuah kereta di Jalan Lingkaran Tengah, Johor Bahru.