Hujah Nik Abduh Makan Diri – Hanipa Maidin

57
0
KONGSI

KUALA LUMPUR: Kenyataan dibuat salah seorang pemimpin PAS semalam, kata Anggota Parlimen Sepang Hanipa Maidin, menggambarkan imej keseluruhan parti berkenaan yang menganggap orang lain “tidak cerdik”.

Kata Hanipa apa yang ditulis Nik Mohamad Abduh kelmarin tidak lebih sekadar lakonannya untuk mengelirukan orang lain.

Langkah mengkritik Datuk Seri Najib Razak itu, kata Hanipa, sengaja dibuat Nik Mohamad Abduh supaya orang melihat PAS tidak terkecuali mengecam perdana menteri yang dikaitkan dengan saman kerajaan AS berhubung skandal 1MDB.

“Mamat ni memang semua tahu, dalam parlimen kewujudannya seperti tak wujud. Tapi dalam Facebook, dia agak rajin berceloteh,” katanya mengenai Nik Mohamad Abduh yang juga anggota parlimen Pasir Mas.

Kelmarin anak Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu mengecam secara pukal Najib, Lim Kit Siang (anggota parlimen Gelang Patah), Tun Dr Mahathir Mohamad (pengerusi Pakatan Harapan) serta Husam Musa (naib presiden AMANAH) dalam kemas kini di Facebooknya.