Htin Kyaw Dipilih Sebagai Presiden Myanmar

80
0
KONGSI
NAYPYIDAW: Ahli Parlimen Myanmar hari ini memilih pembantu rapat dan rakan lama Aung San Suu Kyi, Htin Kyaw sebagai presiden awam pertama negara itu, satu detik bersejarah sejak sekian lama dicengkam pemerintahan junta.
Kyaw, 69, memenangi 360 daripada 652 undi oleh dua dewan perundangan Myanmar, membuka jalan untuk beliau berkhidmat bagi pihak pemenang Nobel yang dihalang perlembagaan daripada menjadi presiden. – AFP