Hashtag #TunM93 Trending Di Tangga Teratas Twitter

16
0

KUALA LUMPUR: Hashtag #TunM93 sempena ulang tahun kelahiran Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ke 93 trending di tangga teratas Twitter dengan jumlah 8,101 tweets sehingga jam 6.45 petang ini dan terus meningkat.

Rata-rata netizen turut menggunakan semua pentas media sosial melalui Twitter, Instagram dan Facebook dengan ucapan tahniah dan doa yang turut dititipkan buat isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Ucapan terima kasih, rasa terharu, doa kesihatan dan kesejahteraan memimpin negara ke arah Malaysia baharu dizahirkan penuh kreativiti dan emosi oleh rakyat pelbagai kaum serta peringkat umur.

Tidak cukup dengan kata-kata itu, ada di antara mereka berkongsi pelbagai gambar dan video berserta petikan meluahkan penghargaan masing-masing dan harapan buat masa depan negara.