Harga RON95 Naik, Diesel Turun

22
0

KUALA LUMPUR: Harga petrol RON95 naik dua sen dan RON97 pula tiga sen bermula 12.01 tengah malam Rabu.

Sepanjang tempoh seminggu, RON95 akan dijual pada harga RM2.33 seliter, manakala RON97 pula akan dijual dengan harga RM2.61 seliter.

Bagaimanapun, harga diesel jatuh tiga sen kepada RM2.31 seliter.

Harga terkini petrol ini sepanjang tempoh 8 Februari hingga 14 Februari ini.