Harga Minyak RON95 Turun 10 Sen

11
0
KONGSI

KUALA LUMPUR: Harga minyak RON95, RON97 dan diesel masing-masing turun 10sen, 11sen dan 12sen bermula 12.01 tengah malam ini.

Untuk minggu mendatang, RON95 akan dijual pada harga RM2.23 seliter, RON97 dijual dengan harga RM2.50 seliter dan diesel pula RM2.19.

Ia berbeza dengan minggu lepas yang menyaksikan kenaikan 2sen untuk RON95 dan 3sen untuk RON97 dan diesel.

Penurunan itu pasti melegakan orang ramai yang berulang alik ke kampung halaman untuk merayakan Tahun Baru Cina yang bermula esok malam.