Gesa Tarik Balik Video “Bomoh Tembikai” – Fathul Bari

910
0
KONGSI

KUALA LUMPUR: Exco agama Pemuda Umno Fathul Bari Mat Jahya hari ini menggesa video ritual memohon hujan menggunakan tembikai oleh ‘raja bomoh’ Ibrahim Mat Zin yang dikongsi meluas di Internet ditarik balik.

Katanya, penyiaran video itu menyebabkan beberapa perkara negatif, termasuk memalukan diri pelaku sendiri, mempengaruhi masyarakat selain menimbulkan salah faham terhadap Islam.

Bagaimanapun, katanya, jika media terlibat tetap mahu membuat liputan, beliau mencadangkan dimuatkan juga teguran dan pembetulan.

“Saya bimbang jika ia hanya disiarkan tanpa teguran, perkara-perkara (negatif) di atas akan berlaku,” katanya.