Gegaran 5.3 Magnitud Kemungkinan Ujian Nuklear – USGS

85
0
SEOUL: Gegaran berkekuatan 5.3 magnitud yang dikesan Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) di Korea Utara pagi ini kelihatan seperti ujian nuklear, kata agensi kaji cuaca Korea Selatan.

Aktiviti seismik itu dikesan berhampiran tapak ujian nuklear terkenal Korea Utara, lokasi sama peranti nuklear keempat diletupkan Januari lalu.

USGS berkata gegaran itu dikesan di permukaan manakala gempa bumi lazimnya dikesan di bawah tanah. Ujian nuklear Korea Utara pada Januari dan siri ujian peluru berpandu sepanjang tahun ini melanggar resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). – Reuters