Gambar Zahid Berbadan Anjing, 25 Laporan Dibuat

518
0
KONGSI

KUALA LUMPUR: Sebanyak 25 laporan polis dibuat penyokong Umno terhadap seorang pemilik akaun Facebook kerana memuat naik gambar ubah suai Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berbadan anjing.

Laporan dibuat oleh kumpulan dinamakan Kelab Naib Ketua Bahagian Umno 1Malaysia kerana tindakan itu didakwa “kurang ajar” dan menimbulkan kemarahan ramai.

“Kita desak agar pihak berkuasa, kerajaan menyemak status kerakyatan pengguna tersebut sama ada masih berada dalam negara atau luar negara.

“Kami pohon pihak berkuasa mengambil tindakan tegas seperti melucutkan kerakyatan dan sebagainya. Ini satu penghinaan,” kata pengerusinya Datuk Anuar Mohd Yunus.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau pada masa sama menyeru seluruh 191 Umno bahagian tampil melakukan perkara sama dengan membuat laporan polis di kawasan masing-masing sebagai bantahan terhadap tindakan itu.