FELDA, FELCRA Temui Tun Daim Pagi Ini

49
0

Oleh : Wartawan MySuara

KUALA LUMPUR: Majlis Penasihat Kerajaan yang diketuai bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin dijangka mengadakan pertemuan dengan beberapa wakil FELDA dan FELCRA di Menara Ilham, hari ini.

Memetik laporan Berita Harian, pertemuan dengan wakil FELDA itu dijangka bermula pada jam 10 pagi.

Antara wakil berkaitan FELDA yang dipanggil adalah bekas Pengurus Besar FELDA, Datuk Hanapi Suhada; Pengerusi FELDA Investment Corporation Sdn Bhd (FIC), Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim dan Presiden Persatuan Anak Peneroka FELDA Kebangsaan (ANAK), Mazlan Aliman.

Menurut sumber, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FELDA Global Ventures Holding Bhd (FGV), Datuk Zakaria Arshad juga akan hadir pagi ini.

Pada jam 12 tengah hari pula, Majlis Penasihat Kerajaan akan mengadakan pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA , Datuk Zulkarnain Md Eusope.