Elyas Omar Meninggal Dunia

48
0

KUALA LUMPUR: Bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Elyas Omar, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), malam ini.

Allahyarham yang berusia 82 tahun, disahkan meninggal dunia pada jam 7.15 malam tadi.

Antara lain, tokoh prolifik itu pernah menjawat jawatan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) dengan membawa pasukan menjuarai Piala Malaysia dari 1987 sehingga 1989. -BH