Doktor Bebas Tuduhan Kes Kematian Menantu Bekas TPM

31
0

Oleh : Wartawan MySuara

KUALA LUMPUR: Seorang doktor sakit puan dan perbidanan (O&G) dibebaskan oleh oleh Mahkamah Sesyen dari tuduhan menyebabkan kematian Syed Alman Syed Alwi, menantu bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Serti Ahmad Zahid Hamidi.

Hakim Zaman Mohd Noor memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Dr. Ting Teck Chin, 38, pada akhir kes pendakwaan.

“Terdapat percanggahan keterangan di antara pakar bius dan pakar autopsi dari segi punca kematian si mati. Pakar bius mengatakan kematian disebabkan wujud serangan jantung (cardiac arrest) berikutan penggunaan lebihan bius (over sedation) manakala pakar autopsi berpendapat kematian disebabkan oleh alahan dengan ubat bius. Oleh yang demikian, OKT (orang kena tuduh) dilepas dan dibebaskan tanpa dipanggil membela diri,” katanya.

Tertuduh yang bertugas di Jabatan O&G di Hospital Kuala Lumpur (HKL) didakwa melakukan kesalahan itu di Pusat Pakar Pergigian Imperial, Lot 62 & 64, Jalan Telawi, Bangsar Baru, Brickfields, di sini, antara pukul 6 petang dan 9.05 malam, 1 Jun 2016.