Dijangka 2 Juta Pulang Ke Kampung

25
0

Oleh : Wartawan MySuara

KUALA LUMPUR: Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) menjangkakan lebih dua juta pengguna dijangka memulakan perjalanan menuju ke kampung masing-masing, dua hari menjelang Aidilfitri.

Ketua Pengarah JKJR Datuk Rosli Isa berkata, pengguna jalan raya perlu bersedia dan merancang perjalanan pulang ke kampung mereka begi mengelak kesesakan teruk.

“Kebanyakan orang ramai dijangka pulang ke kampung dua hari sebelum raya kerana mahu menikmati diskaun 50 peratus bayaran tol seperti diumumkan kerajaan, baru-baru ini.

“Justeru itu, orang ramai dinasihatkan merancang perjalanan dan bersedia untuk berdepan kesesakan teruk yang dijangka berlaku. Contohnya, tempoh perjalanan ke Taiping, Perak hanya memerlukan masa empat jam pada waktu biasa, namun tempoh masa akan meningkat hingga dua kali ganda iaitu lapan jam untuk ke lokasi berkenaan pada dua hari sebelum raya.