Denmark Negara Paling Gembira Di Dunia – Laporan

146
0
KONGSI

ROM: Denmark mendahului Switzerland sebagai negara paling gembira di dunia manakala Syria dan Burundi negara yang paling tidak gembira, menurut laporan yang dikeluarkan semalam.

Laporan Kegembiraan Dunia 2016 itu bertujuan mengukur kegembiraan sebagai cara menjadikan masyarakat lebih sihat dan cekap. PBB menerbitkan laporan pertama seumpama itu pada 2012.

Seperti tahun lepas, Iceland, Norway, Finland, Kanada, Belanda, New Zealand, Australia, dan Sweden melengkapkan kedudukan 10 teratas. Denmark yang berada di tempat pertama pada 2013 tetapi kehilangan kedudukan itu kepada Switzerland pada 2015, kini mengambil semula gelaran sebagai negara paling gembira.

Burundi adalah negara paling tidak gembira diikuti Syria yang dilanda peperangan, Togo, Afghanistan dan enam negara lain sub-Sahara Afrika – Benin, Rwanda, Guinea, Liberia, Tanzania dan Madagascar sebagai negara paling tidak gembira daripada 157 negara.

Laporan itu disediakan Rangkaian Penyelesaian Pembangunan Lestari (SDSN) dan Institut Bumi di Universiti Columbia. Menurut Ketua SDSN, Profesor Profesor Jeffrey Sachs yang juga penasihat khas kepada Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon, ada satu mesej yang sangat kuat buat negaranya Amerika Syarikat yang berada pada kedudukan ke-13.

“Walau sangat kaya dan bertambah kaya sejak 50 tahun yang lalu, ia semakin tidak bahagia.” kata Sachs. – AFP