Deklarasi Tulen: 150,000 Bumiputera Ke IPT – Najib

218
0
KONGSI

Oleh : Fadhil Daud

KUALA SELANGOR: Program Jelajah Pendidikan Bumiputera merupakan deklarasi kerajaan bagi mengubah destini anak bangsa, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata program ini adalah untuk membantu 150,000 golongan kurang berkemampuan termasuk mereka yang berada di luar bandar, pedalaman dan miskin bandar yang tercicir dalam bidang pendidikan.

“Sebab itu kita jangan terbawa-bawa mahu berkumpul di sana dan sini, mahu buat demonstrasi, mahu deklarasi. Untuk apa sebenarnya?

“Program ini adalah deklarasi rakyat yang tulen. Inilah deklarasi yang bermakna. Kita tidak buat deklarasi atas kertas, kita buat program destini anak bangsa kita,” jelasnya semasa memberi ucapan perasmian Jelajah Pendidikan Bumiputera di SK Bandar Baru Kuala Selangor.

Beliau juga berkata, untuk standing dengan negara maju sepertu jepun, pembangunan pendidikan perlu diperkasakan,

“Kita sebaiknya  mencari mereka (golongan kurang  berkemampuan) untuk  dibantu. Kita tidak boleh biarkan mereka sahaja yang mencari kita.

“Jika program ini tidak diwujudkan, golongan ini mungkin tidak akan berjaya pada masa akan datang dan hanya hidup seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang,”

Turut hadir, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim, dan Pengerusi Jawatankuasa Induk Jelajah Pendidikan Bumiputera 2016, Tan Sri Prof Dr Ir Sahol Hamid Abu Bakar