Deklarasi Rakyat Beri Imej Buruk Kepada Negara

237
0
KONGSI

Oleh: Khizairi Khizan

KUALA LUMPUR: Deklarasi Rakyat yang ditandatangani oleh Tun Dr Mahathir Mohamad bersama pemimpin pembangkang pada minggu lalu bagi mendesak Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan sebagai Perdana Menteri akan memberi kesan terhadap negara.

Ketua Penerangan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, Adib Anas berkata, secara tidak langsung apa yang dilakukan Mahathir itu mempamerkan imej buruk tentang kerajaan Malaysia yang mana bekas Perdana Menteri itu seolah-olah sengaja mahu menunjukkan bahawa negara ini dalam masalah.

Selain itu beliau juga berkata, dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang ini ditambah pula dengan Deklarasi Rakyat itu ia secara tidak langsung juga memberi tekanan kepada pelabur.

“Saya percaya bahawa media-media asing turut membuat liputan semasa majlis tandatangan deklarasi berkenaan, lalu ia mencalarkan imej negara dan pada masa sama pelabur asing yang ingin melabur dalam negara ini mungkin mereka berasa gusar dan tidak senang dengan keadaan tersebut maka dari segi ekonomi ini ia memberi tekanan yang agak hebat sekaligus ia memburukkan lagi keadaan,” katanya kepada MySuara ketika ditemui baru-baru ini.

Adib berkata, beliau dan GPMS menyokong penuh kepimpinan Najib kerana pada masa ini pemimpin nombor satu negara itu memerlukan bantuan dan sokongan seluruh rakyat Malaysia.

“Kita harus bersama-sama dengan beliau dalam merealisasikan segala perancangan yang telah dibuat supaya ia dapat dinikmmati seluruh rakyat Malaysia,” katanya.