Chegubard Berdendam Dengan Azmin – AMK

319
0
KONGSI

Oleh: Khizairi Khizan

PETALING JAYA:  Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia menolak tohmahan liar serta tuduhan tidak berasas yang dilemparkan oleh Badrul Hisham Shaharin lebih dikenali sebagai Chegubard serta Setiausaha PKR Cabang Kelana Jaya, S. Murali yang mendakwa bahawa Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengamalkan kronisme dan politik balas dendam dalam urusan pelantikan ahli-ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor.

Exco AMK, Mohd Ridzuan Basri berkata, pihaknya menganggap tindakan Chegubard yang secara berterusan menyerang Mohamed Azmin dan pentadbiran negeri Selangor adalah atas faktor dendam peribadi disebabkan kekecewaan beliau yang telah beberapa kali gagal menjatuhkan Mohamed Azmin di dalam parti.

“Kami ingin mengingatkan Badrul Hisham tentang hukuman mahkamah yang telah dijatuhkan kepada beliau baru-baru ini kerana memfitnah mantan Naib Ketua AMK Malaysia, Nazree Yunus.

“Apakah Badrul Hisham telah selesai membayar ganti rugi berjumlah RM50,000 kepada Nazree sebagaimana yang diarahkan oleh mahkamah? Nasihat kami kepada Badrul Hisham, sudah-sudahlah menabur fitnah dan menggugat kestabilan parti.

“Kami sudah jelak dengan mainan politik jahat dan dusta oleh beliau,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR, hari ini.