Chef Selebriti Antarabangsa Anthony Bourdain Meninggal Dunia

101
0

CHEF selebriti dan personaliti TV antarabangsa Anthony Bourdain, dilapor meninggal dunia hari ini akibat bunuh diri.

Menurut laporan CNN, Bourdain, 61 tahun ditemui mati di bilik hotelnya di Perancis, pada Jumaat.

“Dengan rasa yang amat sedih kami mengesahkan kematian sahabat dan rakan kerja kami, Anthony Bourdain,” kata CNN dalam satu kenyataan.

Bourdain berada di Perancis untuk merakam episod terbaharu programnya bersama CNN, ‘Parts Unknown’.

Teman rapatnya, Eric Ripert, seorang chef di Perancis menemui Bourdain dalam keadaan tidak sedarkan diri di bilik hotelnya, pada pagi Jumaat.

Pemergian Bourdain hanya dua hari selepas pemergian pereka fesyen terkenal, Kate Spade.

Spade, 55 tahun, disahkan meninggal dunia dalam satu insiden yang mirip tindakan bunuh diri pada pagi Selasa.

Memetik kenyataan pihak berkuasa, seperti yang dilaporkan Associated Press, pereka ikonik itu ditemui mati dalam kediaman apartmennya di New York pada jam 10.20 pagi waktu tempatan.