Channel W Saluran TV Baharu

367
0

Oleh : Wartawan MySuara

KUALA LUMPUR: Baru-baru ini berlangsungnya pelancaran stesen televisyen terbaharu Channel W di menara PNS, Bangsar South Kuala Lumpur yang telah ditayangkan di UNiFY dan MYTV.

Majlis perasmian dilancarkan oleh Pengerusi Online Dynamic sdn Bhd, Dato’ Capt Ahmad Sufian Abdul Rashid dan Pengerusi Eksekutif, MYTV Syed Md Najib Md Noor.

Channel W mula bersiaran pada 5.00 petang sehingga 11.00 malam namun akan diawalkan bermula 8.00 pagi pada masa akan datang untuk tontonan umum.

Stesen ini bakal memberikan nafas baharu kepada penonton kerana menyiarkan program menarik secara siaran lansung yang memberi informasi terkini merentasi pelbagai topik perbincangan, sosial, politik, dunia peniagaan, kewangan dan pelbagai lagi.

Pelbagai program dan hos baharu yang diperkenalkan antaranya Inspirasi Bersama Syasya Jamal,Capital News bersama Trushna Patel, Relex@W bersama Puteri Nurashiquin dan studio malam Fitri Hazim Maheehah Nazneen.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MYTV Micheal Chan, Channel W adalah saluran bahara yang  dimuatkan di platform MYTV ke MyFreeView dan ia bersesuaian dengan tujuan asal penubuhan MYTV yang mahu menyediakan platform percuma siaran televisyen yang mampu ditonton semua lapisan masyarakyat.