Celcom Axiata Taja BAM Sebanyak RM24 Juta

104
0
KONGSI
KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menerima suntikan semangat baharu menerusi tajaan daripada Celcom Axiata sebanyak RM24 juta  dalam tempoh tiga tahun bermula tahun ini.

Tajaan sebanyak RM8 juta setahun itu merangkumi program pembangunan, insentif atlet, penganjuran kejohanan serta penglibatan pemain di kejohanan luar.

“Kerjasama ini adalah selama tiga tahun sehingga 2018. Tajaan ini merangkumi semua objektif yang dipersetujui bersama BAM.

“Selain itu Celcom sendiri akan mengeluarkan sebanyak RM10 juta dalam tempoh tiga tahun untuk mempromosikan sukan badminton,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad, Datuk Seri Shazalli Ramly pada sidang media, Isnin.

Sebelum ini, BAM ditaja Maybank sebanyak RM 7juta setahun sejak 2011 dan berakhir baru-baru ini.