Cadangan Tambah Jejantas di Taman Rajawali – Juwairiya

67
0

Oleh: Janne Jannah

KUALA LUMPUR: Beberapa cadangan khususnya berkenaan menambah jejantas untuk pejalan kaki akan dibentangkan kepada kerajaan.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Melawati, Juwairiya Zulkifli kawasan yang terlibat untuk cadangan tersebut ialah berhadapan Taman Rajawali.

“Kertas cadangan tambahan jejantas pejalan kaki di depan Taman Rajawali akan disediakan oleh pihak kontraktor untuk diteliti oleh pihak Jabatan Kerja Raya.

“Saya akan majukan perkara ini kepada pihak YB Menteri Kerja Raya Baru Bian bagi tambahan,” katanya.

Tambahnya, melalui aduan yang diterima penduduk pihak beliau juga akan memohon kepada Kementerian Kerja Raya untuk menambah  beberapa aspek keselamatan di sepanjang jalan Simpang Teluk Pian untuk keselesaan penduduk terutama ketika pemanduan pada lewat malam.

“Simpang Teluk Piah akan ditingkatkan ciri keselamatan dgn penambahan tanda amaran, tanda had laju, barrier (penghalang) , papan tanda dan pemasangan lampu solar/spotlight,” ujarnya.