Bermulanya Orde Baru Politik – Annuar Musa

22
0

Alhamdulillah, walaupun pertemuan rasmi yang pertama, namun kesepakatan mudah dicapai dalam semua perkara berbangkit. Insyaallah jawatankuasa teknikal bersama yang dianggotai sepuluh ahli akan segera menyusuli dengan tindakan yang konkrit.

Kita ditanya apakah nanti MCA dan MIC akan dibawa bersama?

Sudah pun dijawab bahawa kedua-dua parti akan membawanya kapada rakan gabungan masing masing, ertinya parti Berjasa, Ikatan (dalam Gagasan Sejahtera), MCA,MIC (BN). Malah PAS ada kelab penyokong bukan Islam, dan Umno ada Kimma, IPF dan Makkal Sakti.

Tidak terhad kepada parti politik sahaja gagasan penyatuan ummah adalah satu gagasan nasional yang inklusif bagi semua rakyat Malaysia yang mahukan satu orde baru dan deal baru politik untuk membawa Malaysia keluar dari politik kepalsuan dan kerosakan yang di bawa PH, khususnya DAP.

Umno dan PAS bersedia melakukan engagement yang intensif dan ekstensif bersama badan politik dan NGO dalam negara.

Kita merasakan, konsultasi dengan pelbagai kelompok kaum dan agama perlu di adakan apabila kerangka dan dasar utama dapat di perincikan

Umno dan PAS mahu memandang ke hadapan dengan sikap politik matang dalam konteks sebuah masyarakat majmuk negara kita.

Mohamad Hassan seperti juga Abdul Hadi Awang menegaskan, buat masa ini sebagai pembangkang yang berwibawa kita menyokong pimpinan Dr Mahathir Mohamad atas sifatnya sebagai perdana menteri, bukan partinya.

Apa pendirian kita seterusnya akan sentiasa dibincang dan dirunding bersama bila ada keperluan berbuat demikian, dengan meletakkan kepentingan agama, rakyat dan negara sebagai keutamaan.

Sebagai blok terbesar partai politik di Semenanjung Malaysia, Umno dan Pas akan mengambil kira keperluan dan sensitiviti rakan-rakan parti politik Sabah dan Sarawak, khususnya dalam konteks memperjuangkan kepentingan native dan bumiputera Sabah dan Sarawak.

Buat masa ini,segala langkah terperinci Umno dan PAS biarlah ianya menjadi hak dalaman parti.

Yang pasti, seperti di terangkan kedua pemimpin pada petang tadi, Umno dan PAS terpanggil untuk bekerjasama atas perkara kebaikan demi kesatuan ummah, untuk agama, bangsa dan negara. – MK