‘Beri Polis Siasat Laporan Serbuan Kondominium Mewah’ – Ketua Polis KL

188
0

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, berkata pihaknya menjalankan siasatan ekoran dakwaan serbuan yang dilakukan di sebuah kondominium mewah di ibu negara pada Sabtu.

“Bagi polis jalankan siasatan mengenai kesahihan perkara itu. Saya tak mahu komen lanjut,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI malam tadi.

Sebuah agensi berita antarabangsa pada Sabtu mendedahkan pasukan polis melakukan serbuan di kondominium mewah itu yang didakwa milik seorang bekas pemimpin negara.

Portal itu turut melaporkan serbuan itu dibuat untuk mencari ‘dokumen yang bersifat sensitif’ yang dikhuatiri dibawa ke luar negara.

Laporan itu turut memetik polis berkata mereka bertindak selepas menerima aduan yang mendakwa sebuah kenderaan kerajaan dilihat membawa beberapa buah kotak dipercayai mengandungi bag tangan berjenama dan beberapa barangan lain milik isteri pemimpin tersebut. – AWANI