Bas Rapid KL Terbabas, Langgar Tiga Kenderaan

12
0

Oleh : Wartawan MySuara

KUALA LUMPUR: Sebuah bas Rapid KL yang mengalami masalah teknikal terbabas merempuh tiga kereta pagi tadi menyebabkan laluan di sekitar Jalan Raja Chulan sesak teruk.

Kejadian kira-kira pukul 8.20 pagi itu menyebabkan seorang pemandu kereta wanita berusia 38 tahun mengalami retak bahu kanan, manakala dua lagi pemandu masing-masing berusia 64 dan 32 tahun tidak cedera.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, ketika kejadian bas tersebut dikatakan dalam perjalanan dari Bukit Bintang menuju ke pusat bandar.

“Setibanya di satu selekoh, tiba-tiba ‘sharing rod’ bas yang dipandu tercabut menyebabkan bas hilang kawalan dan terbabas melanggar batu pembahagi jalan sebelum masuk ke laluan bertentangan.

“Bas tersebut bergesel dan bertembung dengan tiga kereta ,” katanya hari ini.

Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1)(c) Akta Pengangkutan Jalan 1987.