Azmin Diberi Tempoh 7 Hari Minta Maaf Kepada Rakyat Selangor

316
0

Oleh: Wartawan MySuara

KUALA LUMPUR: Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin memberi tempoh selama  7 hari kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bagi meminta maaf kepada semua rakyat, ahli PKR, ahli komponen Pakatan Harapan khususnya rakyat negeri itu berkaitan isu penukaran status tanah di Paya Indah Wetland.

Badrul berkata, sekiranya Azmin gagal melakuakan sedimkian, selepas itu akan didedahkan semua hasil siasatan, proses tindakan berdasarkan perundangan dan akan dimulakan juga desakan meletakkan jawatan.

“Seperti dijanjikan pada 14 Ogos, seharian pasukan yang terbentuk sejak Mac 2016 apabila kita mendapat maklumat awal berkenaan isu pertukaran status Paya Indah Wetland.

“Alhamdulillah kita mula menemui apa yang kami cari, ternyata kami sudah mula menemui proksi yang merupakan seorang yang sangat rapat dengan Datuk Seri AzminAli diambil dan ditempatkan dalam syarikat pemaju.

“Watak ini dikesan melalui beberapa dokumen yang dihantar termasuk ke penjawat awam dengan terakam kedudukan beliau yang menggambarkan hubungan beliau dengan Menteri Besar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Chegubard berkata, pendedahan itu bukan pendedahan kosong kerana sejak dari awal ia berjaya mematahkan hujah dengan bukti rasmi milik kerajaan negeri.

Katanya, Investor Central yang berpusat di Singapura telah membuat “‪‎survey” berhubung pembelian tanah Salak Land berharga RM784.3 juta oleh Gamuda.

Jelas beliau, antara yang dibangkitkan ialah adakah berbaloi dan sepadan dengan nilai.

“Soalan paling panas ialah “Apakah akan berlaku jika Gamuda tidak mendapat kebenaran untuk menukar status tanah pertanian kepada pembangunan bercampur?

“Apakah yang membuat Gamuda berani membeli tanah yang 22 tahun gagal ditukar status malah baru saja 6 bulan sebelum itu ditolak untuk pertukaran status ? Mungkin strategi khusus sudah diatur ? Ini semua sangat pelik,” ujarnya.

Chegubard berkata, kesalahan jelas berlaku apabila wujud dokumen yang dihantar kepada penjawat awam oleh ‘proksi’ itu dengan tercatat hubungan beliau dengan Azmin.

“Maka inilah mungkin menjelaskan tindakan kenapa pegawai-pegawai kerajaan yang sama menolak pertukaran status sebelum ini tetapi tiba-tiba mengubah pendirian.

“Mesyuarat terakhir menukar status tanah tersebut dipengerusikan oleh Azmin yang yakin secara sedar tahu kewujudan ‘proksi’ dalam pemaju,” dakwa beliau lagi.