Azizah Rasa Belum Perlu Jumpa Tun M

110
0
KONGSI

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, buat masa ini beliau tidak mempunyai keperluan untuk berjumpa dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Buat masa ini tak perlu,” katanya ringkas ketika ditemui pemberita di Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas soalan media yang bertanya sama ada beliau bersedia untuk bertemu bekas perdana menteri itu bagi berbincang serta menyertai siri jelajah “Selamatkan Malaysia”.

Sebelum ini, Mahathir secara terbuka menyatakan kesediaan untuk bertemu dengan presiden PKR itu.

Bagaimanapun, katanya, kesediaannya untuk bertemu Wan Azizah itu adalah bagi membincangkan tentang cara untuk menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.