Sirul Azhar Bakal Dibawa Pulang

31
0
KONGSI

Oleh : Wartawan MySuara

KUALA LUMPUR: Permintaan Malaysia untuk mengekstradisi bekas Unit Tindak Khas (UTK), Sirul Azhar Umar mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa Australia.

Sebelum ini kerajaan Malaysia telah mengadakan perbincangan dengan kerajaan Australia untuk meminta Sirul pulang dibawa ke pulang ke tanah air.

Lampu hijau daripada kerajaan Australia ini difahamkan berkaitan dengan persetujuan Malaysia untuk menampung kos selain khabar angin yang mengatakan Sirul akan meninggalkan negara itu dalam tempoh sebulan.

Sirul didakwa membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 20 Oktober 2006 antara jam 10 malam hingga 1 pagi di Bukit Raja, Klang.