ATM Terima Anugerah Inovasi Perdana Menteri

74
0
KONGSI

PUTRAJAYA: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diumumkan sebagai penerima Anugerah Inovasi Perdana Menteri (AIPM) 2015.

Pengiktirafan itu diterima atas inisiatif inovasi Program Jiwa Murni: Tanggungjawab Sosial Ke Arah Hidup Berkualiti Luar Bandar, sekali gus melayakkan ATM membawa pulang hadiah wang tunai RM1 juta, trofi dan sijil penghargaan.

Hadiah disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dr Zulkifeli Mohd Zin pada Majlis AIPM 2015, di sini, petang ini.

Yang turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa.